21/03/2010 23:54
Pelanggan yang Dihormati,
Terdapat sedikit kelewatan draf kad perkahwinan pelanggan pada waktu ini. Kami menerima tempahan kad yg banyak untuk musim perkahwinan bulan 5 dan 6 2010 ini. Walau bagaimana pun tempoh waktu printing telah kami dapat singkatkan dengan penambahan mesin cetakan baru di pusat produksi kami. Jadi pelanggan masih akan dapat kad dalam tempoh yg dikehendaki (3-4 minggu dari tarikh tempahan). Hanya penghasilan draf sahaja yg terdapat sedikit kelewatan kerana designer-designer berada dalam keadaan yang amat amat sibuk buat masa ini. Bagi pelanggan yang masih belum mendapat draf kad anda, diharap dapat bersabar dan InsyAllah dalam waktu terdekat giliran artwork draf anda akan sampai nanti. Designer bertugas akan menghubungi anda kelak. Terima kasih di atas kesabaran anda.
Mohd Natasha @ Founder
Kanda & Dinda Wedding Cards